Followers

Saturday 23 April 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Tujuan post ni bukanlah nak berkongsi berkenaan cerita Hikayat Merong Mahawangsa, tapi sekadar mahu highlight beberapa kata-kata yang sangat teruja bila saya mendengarnya. Bila mana seorang raja yang tiada apa-apa selain rakyatnya yang setia menentang lanun-lanun, alunan ini yang kedengaran. 

Hamba serupa macam tuan hamba semua,
Darah yang mengalir sama merahnya, sama pekatnya,
Kita bernafas angin yang sama,
Bumi yang kini dipijak, langit yang kita junjung,
Semuanya hak kita dan anak cucu kita,
Hari ini, mungkin ada yang takkan kembali,
Ramai, atau mungkin semua sekali akan rebah ke bumi.

 
Sekian.

Friday 22 April 2011

Selamat Menghadapi ‘Final Exam’

 Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat sahabat-sahabat especially geng-geng PA*I yang banyak berprogram bersama-sama. Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat Final Year FKM. Pastikan jangan sampai ada paper yang repeat. Semoga berjumpa lagi, kalau bukan di sini, di sana masih menanti. Manfaatkan apa yang telah dipelajari sepanjang 8 semester berada di UTM untuk kehidupan di luar sana yang jauh lebih mencabar. Bak kata seseorang yang saya kagumi yang kiasannya lebih kurang macam ni, ‘PSM tu hanyalah sebesar jari kelingking. Tetapi cabaran yang akan bakal dihadapi oleh seorang jurutera mungkin sebesar bangunan yang mana kalau berkali ganda jauh lebih besar’… Semoga kita semua akan mendapat kecemerlangan; bukan saja di sini, tetapi di sana juga..


Thursday 21 April 2011

My First Post

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama mendiamkan diri, kini saya kembali dengan blog yang baru. Dengan harapan blog ni akan jadi luahan hati saya dan bermanfaat untuk saya dan siapa-siapa sahaja yang ziarah blog ni. Untuk yang pertama kalinya, saya orang yang baru belajar membiasakan diri untuk menulis dah harapnya blog ni takkan mati di sini..:)

Wallahua'lam...